Pages

Friday, February 5, 2016

The Golden Of Moment


Perkataan ini sangat bermakna bagi mereka yang sedang menjalani ujian yang maha hebat dan berterusan daripada sang Pencipta kita iaitu Maha Suci Allah S.W.T. Kenapa saya katakan begini? Sudah pasti ada sebabnya tersendiri. Allah yang maha Kuasa tidak akan menjadikan sesuatu perkara itu sia-sia tanpa ada hikmah tersembunyi di sebaliknya. Sama ada hikmah itu kita nampak kita dengan segera sekiranya kita sedar akan kewujudan Allah dalam kehidupan kita atau hikmah hanya akan muncul setelah bertahun-tahun kita bersabar dan redha dengan setiap ujian dan cubaan daripada Nya. 

Maka suka saya memetik apa yang dikatakan seorang ustaz yang sangat popular dari negara seberang iaitu Ustaz Yusuf Mansur. Mendalami apa yang beliau katakan

" setiap kita ini tidak akan terlepas sama sekali daripada ujian-ujian Allah. Maka jalanilah setiap kesukaran dan keperitan dalam setiap ujian ini dengan hati yang pasrah, redha dan ikhlas. InsyaAllah Allah akan sentiasa ada bersama kita. Jadi mengapa kita perlu resah, bimbang dan takut dengan setiap ujian ini."

Apa kata Pak Uztaz Yusuf mansur Lagi:

"seharusnya saat kita berhadapan dengan ujian dan kesukaran hidup (miskin, hutang bertimbun-timbun, berat jodoh, dan macam macam lagi) kita seharusnya mengambil hal ini sebagai satu saat untuk kita belajar iaitu belajar untuk mengenal siapa yang memberi ujian itu iaitu Allah. Mengapa ujian ini datang kepada kita? Hal ini akan meningkatkan keimanan kita kepada Allah. Maka beliau tegaskan jadilah setiap kesukaran dan keperitan ini sebagai satu saat yang dinamakan sebagai THE GOLDEN OF MOMENT."

Dari sudut perspektif saya sendiri, saya melihat saat the golden of moment yang pak ustaz katakan ini adalah usaha untuk meninggikan darjat kita disisi Allah dengan adanya konsep pasrah, redha dan iklhas. Namun usaha ini tidak cukup dengan ini sahaja melainkan perbanyak solat malam, solat dhuha, salawat kepada nabi, zikir yang konsisten, dan bersedekah.

inilah yang dimaksudkan THE GOLDEN OF MOMENT

Amin
Allahhuallam

Monday, March 8, 2010

Pergerakan Kreatif

seni pergerakan yang tercipta untuk membantu perkembangan fizikal kanak-kanak

Tuesday, February 16, 2010

Psikologi Perkembangan Kanak-Kanak

Topik ini membincangkan sosio-emosi dan ekologikal perubahan dan perkembangan kanak-kanak - meliputi topik-topik tentang pengertian dan konsep asas psikologi perkembangan kanak-kanak, prinsip-prinsip asas perkembangan, faktor-faktor dan interaksi kanak-kanak dengan persekitaran ke atas perkembangan serta teori-teori perkembangan....

Psikomotor dan Pergerakan

Topik ini berkait rapat dengan perkembangan fizikal kanak-kanak dari umur lahir sehingga 6 tahun...teori-teori, konsep, ciri-ciri dan prinsip-prinsip isu dasar yang dibincangkan dalam tajuk ini sehingga kanak-kanak mampu melakukan pergerakan seterusnya mencapai perkembangan motor halus dan motor kasar.....

Followers

SELURUH LANGIT DAN BUMI MILIK ALLAH